KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
Menurut Maloney beliau yakin keupayaan pasukan kebangsaan termasuk pertembungan penting menentang juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi pembukaan Kumpulan C di Stadium Lokomotiv, Khamis ini.
Beliau berkata tanpa sebarang tekanan, pemain kebangsaan sudah bersedia untuk memulakan kejohanan walaupun menyedari mereka akan berdepan tempoh sukar, terutama menentang Korea Selatan yang dibarisi beberapa pemain berkualiti.
"Saya percaya pasukan kita mampu beri saingan sengit pada hari itu. Pemain kita tidak gentar, mereka tidak takut untuk berhadapan dengan lawan mereka.
"Adalah baik untuk kita pergi ke sana dan bebas daripada tekanan luaran atau apa sahaja, biarkan pemain beraksi dengan permainan sebenar mereka," katanya dalam rakaman audio kepada wartawan tempatan pada Isnin.
Selepas Korea Selatan skuad negara dijadual menentang Thailand Ahad ini di Stadium Bunyodkor sebelum bertemu Vietnam pada 8 Jun di Stadium Lokomotiv dalam perlawanan terakhir Kumpulan C.
Dua pasukan teratas akan layak ke suku akhir.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak meletakkan sebarang sasaran untuk anak buah Maloney di Tashkent.
Bagaimanapun, Maloney berkata pasukannya sentiasa mahu melangkah lebih jauh dan mempamerkan aksi yang memberangsangkan dalam apa jua kejohanan yang mereka sertai.
"Kami memahami ia akan menjadi kejohanan yang amat sukar di peringkat kumpulan. Kami berdepan tiga lawan yang sangat sukar - Korea Selatan, Vietnam dan Thailand tetapi kami akan melakukan yang terbaik dan saya yakin pemain kami akan beraksi dengan cemerlang," katanya.
Jurulatih kelahiran Australia berusia 50 tahun itu menganggap cuaca sejuk di Tashkent sesuai untuk perlawanan bola sepak, malah anak buahnya dapat menyesuaikan diri dengan baik sejak tiba di sana, semalam.
Beliau berkata pemain juga bebas daripada sebarang kecederaan menjelang pertembungan dengan Korea Selatan.
Skuad B-23 negara mencipta sejarah layak ke suku akhir kejohanan pada edisi 2018 yang menyaksikan mereka tewas 1-2 kepada Korea Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan. - Gambar fail/BERNAMA
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
Prestasi ringgit setakat 16 Mei 2024
Pada penutup dagangan setakat 14 Mei 2024, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
Sukan SEA: Tidak panggil pemain senior keputusan baik - Hadi Fayyadh
Temasya sukan dwitahunan itu adalah pentas terbaik untuk barisan pemain muda menimba pengalaman bagi meningkatkan prestasi masing-masing.